Wednesday, November 4, 2009

Majlis Jamuan Akhir Tahun MPPKKNS 2009










Suasana agak santai, pada petang 4 November 2009 di Coffe House Hotel Royale Bintang, Seremban. Majlis Jamuan Akhir Tahun MPPKKNS berjaya berlangsung dengan kehadiran Tuan Hj. Jamali bin Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan yang merasmikan program. Turut hadir ialah En. Abd. Hamid bin Omar, Ketua Unit Kokurikulum JPNS.

Semua PK Kokurikulum dijemput hadir berserta mereka yang dinaikkan pangkat sebagai PK1 atau PK HEM. Sebagai tanda penghargaan, penyampaian cenderamata disempurnakan oleh Tuan Hj. Jamali Salam kepada AJK MPPKKNS yang naik pangkat. Turut dinaikkan pangkat ialah Pengerusi MPPKKNS iaitu En. Amir Fuad Mohd. Dom yang menjadi PK HEM dan Naib Pengerusi 1 MPPKKNS pula bertugas sebagai Pensyarah Kanan di IAB Genting Highlands. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya meningkatkan diri dalam laluan kerjaya masing-masing.

Pihak majlis memohon maaf sekiranya terdapat kekeliruan kerana penyampaian cenderamata sememangnya ditujukan kepada bekas AJK MPPKKNS sahaja.

Dalam ucapannya, Timbalan Pengarah Pelajaran berharap program yang dirancang oleh MPPKKNS akan diteruskan bagi meningkatkan profesionalisme PK Kokurikulum di negeri ini. Peranan PK Kokurikulum harus ditingkatkan bagi memastikan adanya kejayaan dan terhasilnya pelajar-pelajar yang mencipta kegemilangan terutamanya sekolah-sekolah yang ramai pelajar.

Friday, June 19, 2009

Pengurusan Sistem Fail

Bahan Ceramah Sistem Fail di Sekolah yang bakal disampaikan oleh En. Ridwan bin Idris, Penolong PPD Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPD Tampin boleh dimuat turun di pautan di bawah :

1. NOTA PENGURUSAN FAIL

2. CONTOH PENGURUSAN DOKUMEN FAIL

Wednesday, June 17, 2009

Timbalan YDP MPPKKNS : Menghargai Jasa En. Roslin Balia dan Selamat Bertugas En. Shahrin Alias


En. Roslin Balia, Bekas Timbalan YDP MPPKKNS turut diraikan dalam majlis penutupan kursus. Beliau akan bertugas sebagai PK HEM pula sekembali dari kursus ini. Pada pertemuan itu, ahli-ahli memilih sebulat suara untuk menggantikannya dengan En. Shahrin Alias. Seluruh warga MPPKKNS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Roslin Balia di atas komitmen beliau sepanjang menjadi Timbalan YDP MPPKKNS.

Majlis Pelancaran Laman Web MPPKKNS


Blog MPPKKNS telah sempurna dilancarkan pada 17 Jun 2009 oleh En. Abd. Hamid bin Omar, Ketua Unit kokurikulum JPNS semasa Kursus Keselamatan dan Pelaksanaan Aktiviti Air di Salang Puaka Resort, Tioman.

Diharapkan, blog ini akan menjadi wadah perkongsian ilmu bagi semua warga PK Kokurikulum di seluruh Negeri Sembilan dan seluruh negara kita. Marilah kita berjuang sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam melahirkan generasi kamil.

Bahan Ceramah Keselamatan dan Perundangan di Sekolah

Bahan Ceramah Keselamatan dan Perundangan di Sekolah yang disampaikan oleh En. Mohamad Nek Ezar bin Ismail boleh dimuat turun di pautan di bawah :

KESELAMATAN DAN PERUNDANGAN DI SEKOLAH

Kursus Pengurusan Kokurikulum dan Kepimpinan PK Kokurikulum serta Kemahiran Keselamatan Aktiviti Air



Kursus tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Semua peserta telah dapat mempelajari aspek keselamatan dan pelaksanaan aktiviti air secara teori dan mengalami sendiri secara amali cara-cara melaksanakan dan memastikan aktiviti air.

Salah satu keunikan kursus ini ialah peserta dapat memahami konsep taman laut dan melihat sendiri keindahan taman laut yang kaya dengan pelbagai spesies ikan dan batu karang di Pulau Tioman. Seterusnya, mereka akan dapat mendidik pelajar di sekolah tentang kepentingan pemuliharaan taman laut.

Selain itu, antara ceramah utama yang disampaikan ialah Keselamatan dan Perundangan di Sekolah oleh En. Mohamad Nek Ezar bin Ismail, Ketua Unit Pendidikan Swasta, JPNS.

Penutupan kursus dirasmikan oleh En. Abd. Hamid bin Omar, Ketua Unit Kokurikulum JPNS.

Monday, June 1, 2009

Borang Laporan Kewangan Kokurikulum

Laporan Kewangan Kokurikulum perlu dihantar dua kali setahun. Borang ini perlu diisi selengkapnya dan dihantar kepada PPD masing-masing. Borang dalam format Microsoft Excel ini boleh dimuat turun di bawah.

BORANG LAPORAN KEWANGAN KOKURIKULUM.xls

Powerpoint Penilaian 10% Markah Kokurikulum Terkini

Pada bulan April 2009 lalu, En. Mohd. Rashid Mean, Penolong Pengarah Bhg. Seni, Sukan dan Kokurikulum telah membentangkan powerpoint terkini tentang penilaian markah kokurikulum. Terdapat sedikit kemas kini terutama aspek PLKN dan markah bonus. Sila muat turun fail tersebut di bawah.

PENILAIAN MARKAH 10% KOKURIKULUM.ppt

Powerpoint Pengurusan Kewangan Kokurikulum

Pada Taklimat Kewangan oleh Encik Nordin bin Md. Radzi, Penyelia Kanan, Unit Kokurikulum, di Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum KPM di SDASA, powerpoint berkaitan telah dipaparkan .Sila muat turun fail di bawah untuk meneliti aspek pengurusan kewangan PCG Kokurikulum di sekolah.

POWERPOINT KEWANGAN KOKURIKULUM.ppt

Sunday, May 31, 2009

Taklimat Pelaksanaan Rakan Muda Sekolah




Pada 22 Mei 2009 bertempat di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban; taklimat pelaksanaan dan pengurusan peruntukan kewangan Rakan Muda Sekolah telah disampaikan oleh En. Tadzim bin Mansor, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum JPNS. Mulai tahun 2009, program Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan telah diperluas ke sekolah-sekolah dengan perkongsian bersama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setiap sekolah yang terlibat diberikan geran peruntukan sebanyak RM 5000.00 setahun. Program Rakan Muda Sekolah menggunakan 2 kaedah iaitu pendekatan program aktiviti di sekolah (sekurang-kurangnya 2 program gaya hidup Rakan Muda) dan 2 program secara berpusat yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan (Selamat di Jalan Raya dan Program Keusahawanan).

Penggunaan peruntukan ialah RM1000.00 untuk pentadbiran, RM 2000.00 untuk sekurang-kurangnya 2 aktiviti Rakan Muda anjuran sekolah manakala RM2000.00 lagi untuk program berpusat iaitu Program Selamat di Jalan Raya dan Program Keusahawanan. Semua peruntukan tersebut harus dihabiskan pada tahun semasa.

Thursday, May 7, 2009

Mesyuarat Pengurusan Sukan 2009 bagi PK Kokurikulum

Suasana petang di SMK Tunku Ampuan Durah diwarnai dengan kehadiran semua PK Kokurikulum sekolah menengah NS. Mereka mendengar taklimat daripada En. Muzir bin Abd. Manan, Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Isu-isu berkaitan pengurusan sukan dibangkitkan oleh Penolong Kanan yang hadir. Ulasan dan komentar daripada PK Kokurikulum memang menarik dan memerlukan penelitian bersama.

Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang akhirnya selesai pada jam 5.00 petang membawa satu harapan agar isu-isu seperti pengelolaan pertandingan daerah, pergerakan guru yang kerap, isu kewangan dan peralatan serta masalah guru sukan dapat ditangani. Jelasnya, perjumpaan ini diharap dapat meningkatkan kecekapan pengurusan sukan dalam kalangan Penolong Kanan Kokurikulum.

Tuesday, May 5, 2009

Gambar Sekitar Persidangan Pemuafakatan PK Tadbir, PK HEM dan PK Kokurikulum

Gambar-gambar utama Persidangan Pemuafakatan PK Tadbir, PK HEM dan PK Kokurikulum Negeri Sembilan di Hotel Lisbon pada 16 hingga 18 April diabadikan pada tayangan slaid di bawah:


Mesyuarat Pengurusan Kewangan Kokurikulum 2009













Pada 28 April 2009, semua PK Kokurikulum Sekolah Menengah Negeri Sembilan berhimpun di Sekolah Menengah Datuk Abdul Samad, Port Dickson untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Program berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Taklimat dan perbincangan dikendalikan oleh Encik Nordin bin Md. Radzi, Penyelia Kanan, Unit Kokurikulum, di Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum KPM. Sesi bengkel didakan pada waktu petang manakala perasmian penutup dirasmikan oleh En. Abd. Hamid bin Hj. Omar, Ketua Unit Kokurikulum, JPNS.

Persidangan Majlis Pemuafakatan PK Tadbir, PK HEM dan Pk Kokurikulum Sekolah Menengah

Pada 16 hingga 18 April 2009, berlangsung persidangan tersebut di Hotel Lisbon, Melaka. Persidangan ini merupakan inisiatif MPPKKNS bersama JPNS untuk mempertemukan ahli jawatankuasa bagi ketiga-tiga Majlis Pemuafakatan. Tujuan utama persidangan ialah membincangkan isu-isu pengurusan dan mencari penyelesaian masalah kepada masalah antara ketiga-tiga bidang tersebut di sekolah. Jumlah peserta ialah 65 orang.

Antara penceramah terlibat ialah En. Abd. Rashid Mean, Penolong Pengarah di Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum di Kementerian Pelajaran Malaysia dan En. Md. Fiah bin Md. Jamin, Pengetua Cemerlang SMK Kompleks KLIA. Kesemua peserta didedahkan tentang aspek kewangan kokurikulum, pemarkahan 10% kokurikulum, dan dasar kokurikulum serta peranan dan fungsi Penolong Kanan.

Jelasnya, titik pertemuan yang ingin dicari bagi memastikan adanya kesepakatan di antara mereka dalam menjayakan dasar KPM di sekolah.

Sunday, April 5, 2009

Lawatan Penanda Arasan Ke SMJK Yu Hua, Kajang 2

Gambar-gambar Lawatan diabadikan pada slaid di bawah.

Saturday, April 4, 2009

Lawatan Penanda Arasan Ke SMJK Yu Hua, Kajang 1


Tarikh 4 April 2009 sepastinya akan terpahat sebagai satu kenangan manis. Semua PK Koku NS berasa gembira dengan lawatan penanda arasan ke sekolah ini yang berjaya memenangi tempat ketiga Anugerah Lonjakan Saujana Kokurikulum peringkat Kebangsaan 2009 (kategori Unit Uniform dan Kelab Persatuan).

Sambutan Tarian Naga menyambut kami dan persembahan daripada pelajar-pelajar seperti Gendang 24, Orkestra Cina, Orkestra Pancaragam, Persembahan Harmonika, Persembahan Silap Mata, Tarian Melayu, Persembahan Biola, Wushu, dan Tarian Naga membuat kami tambah terpesona. Semua persembahan tersebut daripada pelajar-pelajar yang mencipta kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Pameran daripada Unit Uniform dan Kelab Persatuan turut menarik perhatian kerana hasil kerja pelajar yang dipamerkan adalah unik dan berkualiti. Kemudian, kami melawat Bilik Gerakan Kokurikulum serta mendengar taklimat kokurikulum daripada pihak sekolah terutamanya daripada En. Nagaya Muniandi, PK Kokurikulum SMJK Yu Hua. Antara keunikan sekolah ini ialah pelajarnya ramai iaitu 3270 orang dan penggunaan ICT yang canggih. Ini membolehkan sistem e-school dilaksanakan iaitu semua rekod dalam bentuk perisian berasaskan laman web yang dapat diakses oleh ibu bapa di rumah.

Monday, March 30, 2009

Manual Prosedur Kerja PK Kokurikulum

Manual Prosedur Kerja merupakan dokumen penting bagi PK Kokurikulum. Dokumen ini mengandungi 62 muka surat.

Sila muat turun dokumen tersebut pada pautan di bawah:

Manual Prosedur Kerja PK Kokurikulum

Saturday, March 28, 2009

Buku Pengurusan Kokurikulum

Panduan yang paling penting untuk PK Kokurikulum ialah Buku Pengurusan Kokurikulum. Buku ini boleh dibaca dalam format Microsoft Word (doc). Buku yang setebal 167 muka surat ini mengandungi panduan lengkap termasuk perkara asas, contoh surat-menyurat, borang penyeliaan kokurikulum dan sebagainya. Bagi memudahkan proses muat turun, e-book ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Buku A (ms. 1 - 99 muka surat) dan Buku B (ms. 100 - 167).

Sila muat turun dokumen tersebut pada pautan di bawah:

1. PENGURUSAN KOKURIKULUM (BUKU A)

2. PENGURUSAN KOKURIKULUM (BUKU B)

Friday, February 20, 2009

Seminar Profesionalisme Peringkat Negeri 2009 dan Lawatan Penanda Arasan ke Sabah

Dicadangkan 2 kali Seminar Profesionalisme PK Kokurikulum peringkat negeri pada tahun 2009. Seminar 1 di Melaka pada 17-19 Jun 2009 dan Seminar 2 pada 4 hingga 7 Oktober 2009 di Sabah. AJK MPPKKNS telah sepakat untuk mengadakan Seminar Profesionalisme 2 di Sabah dan sekali gus mengadakan Lawatan Penanda Arasan ke dua buah sekolah di sana. Sekolah-sekolah yang dicadangkan ialah SMK Kundasang dan SMK Bundu Tuhan.

Semua PK Kokurikulum dijemput menyertainya. Bagaimanapun, kita perlu membayar sebahagian kos kerana MPPKKNS tidak berupaya mencari dana penuh untuk menampung kos penerbangan. Maka, sama-samalah kita menyimpan sedikit dana setiap bulan untuk persediaan seminar dan lawatan penanda arasan tersebut.

Sebarang cadangan dan pertanyaan, boleh diajukan kepada Pengerusi MPPKKNS, En. Amir Fuad bin Mohd. Dom, Tel: 019 226 4204.

Perancangan Aktiviti Tahunan 2009

Aktiviti : Tarikh : Tempat : Tindakan
1. Taklimat Pengisian Markah Kokurikulum : 12.1.2009 : SDAR : JPNNS
2. Perjumpaan dengan Pengarah JPNNS : 21.1.2009 : JPNNS : AJK MPKKNS
3. Mesyuarat AJK MPPKKNS Kali Ke-2 : 4.3.2009 : SMK DUMA : AJK Jelebu
4. Lawatan Ke SMK Yuk Hua : 25.3.2009 : Selangor : AJK Jelebu
5. Kajian Penyelidikan Koku : Mac-Jun 2009: NS : AJK Seremban
6. Dialog Bersama PK1 dan PK HEM : 10/11.4.2009: Melaka : AJK Jempol
7. Mesyuarat AJK MPPKKNS Ke-3 : 13.5.2009 : SMK S.Jempol : AJK Jempol
8. Majlis Perasmian Web MPPKKNS : Jun 2009 : Melaka : AJK Tampin
9. Seminar Profesionalisme MPPKNS : 17/19.6.2009: Melaka : AJK Jempol
10. Mesyuarat MPPKKNS Kali Ke-4 : 12.8.2009 : SMK D.K.Putra : AJK Sbn
11. Seminar Profesionalisme Ke-2 : 4-7.10.2009 : Sabah : AJK Jelebu
12. Buddy System Markah Kokurikulum : Oktober 2009: NS : AJK Jelebu
13. Seminar Kokurikulum Kebangsaan Ke-2 : Dis. 2009 : NS : AJK Jempol
14. Program ICT : Spjg Tahun : NS : AJK Tampin
15. Dokumentasi : Spjg Tahun : - : AJK Sbn Sltn
16. Buletin : Jun & Dis : NS : AJK Sbn

Sunday, January 18, 2009

Ahli Jawatankuasa MPPKKNS 2010 - 2012

Jawatankuasa yang terkini yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas MPPKKNS di Kuala Tahan pada 12 Nov. 2011


Pengerusi : En. Hamdan bin Aziz, PJK- SMK Bahau
Timb. Pengerusi : En. Rosli b. Narawi- SMKA Dato' Hj. Abu Hassan Sail (SMKA Pedas)
Naib Pengerusi 1: En. Jamri b. Ahmad - SMK Seremban Jaya 2
Naib Pengerusi 2: En. Elmy Azizan b. Abd Aziz - SMK Serting Ilir Kompleks
Setiausaha : Pn. Zuraimi bt. Ismail- SMK Panchor
Pen. Setiausaha : Pn. Normanida - SMK Puteri
Bendahari : Tn. Hj. Abdullsh Munsi b. Abd Rahim- SMK Chan Hwa
AJK Port Dickson : En. Mohd Kavi- SMK Bukit Saujana
AJK Jelebu : Pn. Sheriza Nur bt. Kamarudin- SMK Simpang Gelami
AJK Tampin : En. Vikraman a/l Velayuthan - SMK Taman Indah
AJK Jempol : En. Muhazir b. Mispani - SMK Seri Jempol
AJK Rembau : Pn. Nor Ribah bt. Jani- SMK Undang Rembau
AJK Kuala Pilah : Pn. Siti Habsah bt. Abdullah - SMK Za'ba
AJK Seremban Utara : Tn. Hj. Daud b. Mustapa - SMK St. Paul
AJK Seremban Selatan : Cik Sharizan bt. Sheikh Osman - SMAP Labu
AJK ICT : En. Shahizan b. Ludin- SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas

AJK Khas : En. Aliyas b. Ahmad - SMK Datuk Abdullah, Rembau

AJK Khas : Pn. Sarojini a/p Periasamy - SMK Tanah Merah 'Site C'


Pemeriksa Kira-Kira 1: En. Raja Manickam - SMK Bukit Kepayang
Pemeriksa Kira-Kira 2: Pn. Noridah bt. Mohd. Saman - SMK Pasir Besar

Borang Markah Calon SPM 2008

Setiap sekolah diminta untuk menghantar senarai nama dan markah calon SPM berdasarkan GPA setiap tahun mulai 2005 hingga 2008. Ia perlu dihantar ke Unit Kokurikulum JPNNS. Bagi kemudahan semua PK Kokurikulum, borang dalam format Microsoft Excel tersebut boleh dimuat turun di pautan di bawah :

Borang Markah Calon SPM 2008

Thursday, January 15, 2009

Taklimat Kemasukan Markah Kokurikulum 2008

Pagi 13 September 2009 jam 9.00 pagi mempertemukan semua PK Kokurikulum untuk taklimat kemasukan markah kokurikulum bagi calon SPM, STPM dan STAM 2008. Taklimat berlangsung di Dewan Sekolah Datuk Abdul Razak Seremban. Turut hadir ialah Guru Data setiap sekolah. Pada kali ini, aplikasi menerusi internet digunakan. Ternyata, kaedah ini lebih mudah dan cepat berbanding tahun lepas. Untuk makluman, tarikh akhir kemasukan markah dilanjutkan ke 18 Januari 2009. Terkini, atas permintaan ramai, tarikhnya dilanjutkan pula ke 30 Januari 2009.
Selepas taklimat, Pengerusi MPPKKNS menjelaskan tentang aktiviti tahunan 2009 dan tugas AJK bagi setiap daerah bagi setiap program yang dirancang. Yuran tahunan RM 50.00 boleh dibayar melalui AJK daerah masing-masing. Program selesai pada jam 11.30 pagi.