Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

Bahan Ceramah Keselamatan dan Perundangan di Sekolah

Bahan Ceramah Keselamatan dan Perundangan di Sekolah yang disampaikan oleh En. Mohamad Nek Ezar bin Ismail boleh dimuat turun di pautan di bawah :

KESELAMATAN DAN PERUNDANGAN DI SEKOLAH

Kursus Pengurusan Kokurikulum dan Kepimpinan PK Kokurikulum serta Kemahiran Keselamatan Aktiviti Air



Kursus tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Semua peserta telah dapat mempelajari aspek keselamatan dan pelaksanaan aktiviti air secara teori dan mengalami sendiri secara amali cara-cara melaksanakan dan memastikan aktiviti air.

Salah satu keunikan kursus ini ialah peserta dapat memahami konsep taman laut dan melihat sendiri keindahan taman laut yang kaya dengan pelbagai spesies ikan dan batu karang di Pulau Tioman. Seterusnya, mereka akan dapat mendidik pelajar di sekolah tentang kepentingan pemuliharaan taman laut.

Selain itu, antara ceramah utama yang disampaikan ialah Keselamatan dan Perundangan di Sekolah oleh En. Mohamad Nek Ezar bin Ismail, Ketua Unit Pendidikan Swasta, JPNS.

Penutupan kursus dirasmikan oleh En. Abd. Hamid bin Omar, Ketua Unit Kokurikulum JPNS.

Thursday, May 7, 2009

Mesyuarat Pengurusan Sukan 2009 bagi PK Kokurikulum

Suasana petang di SMK Tunku Ampuan Durah diwarnai dengan kehadiran semua PK Kokurikulum sekolah menengah NS. Mereka mendengar taklimat daripada En. Muzir bin Abd. Manan, Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Isu-isu berkaitan pengurusan sukan dibangkitkan oleh Penolong Kanan yang hadir. Ulasan dan komentar daripada PK Kokurikulum memang menarik dan memerlukan penelitian bersama.

Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang akhirnya selesai pada jam 5.00 petang membawa satu harapan agar isu-isu seperti pengelolaan pertandingan daerah, pergerakan guru yang kerap, isu kewangan dan peralatan serta masalah guru sukan dapat ditangani. Jelasnya, perjumpaan ini diharap dapat meningkatkan kecekapan pengurusan sukan dalam kalangan Penolong Kanan Kokurikulum.

Tuesday, May 5, 2009

Gambar Sekitar Persidangan Pemuafakatan PK Tadbir, PK HEM dan PK Kokurikulum

Gambar-gambar utama Persidangan Pemuafakatan PK Tadbir, PK HEM dan PK Kokurikulum Negeri Sembilan di Hotel Lisbon pada 16 hingga 18 April diabadikan pada tayangan slaid di bawah:


Mesyuarat Pengurusan Kewangan Kokurikulum 2009













Pada 28 April 2009, semua PK Kokurikulum Sekolah Menengah Negeri Sembilan berhimpun di Sekolah Menengah Datuk Abdul Samad, Port Dickson untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Program berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Taklimat dan perbincangan dikendalikan oleh Encik Nordin bin Md. Radzi, Penyelia Kanan, Unit Kokurikulum, di Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum KPM. Sesi bengkel didakan pada waktu petang manakala perasmian penutup dirasmikan oleh En. Abd. Hamid bin Hj. Omar, Ketua Unit Kokurikulum, JPNS.

Persidangan Majlis Pemuafakatan PK Tadbir, PK HEM dan Pk Kokurikulum Sekolah Menengah

Pada 16 hingga 18 April 2009, berlangsung persidangan tersebut di Hotel Lisbon, Melaka. Persidangan ini merupakan inisiatif MPPKKNS bersama JPNS untuk mempertemukan ahli jawatankuasa bagi ketiga-tiga Majlis Pemuafakatan. Tujuan utama persidangan ialah membincangkan isu-isu pengurusan dan mencari penyelesaian masalah kepada masalah antara ketiga-tiga bidang tersebut di sekolah. Jumlah peserta ialah 65 orang.

Antara penceramah terlibat ialah En. Abd. Rashid Mean, Penolong Pengarah di Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum di Kementerian Pelajaran Malaysia dan En. Md. Fiah bin Md. Jamin, Pengetua Cemerlang SMK Kompleks KLIA. Kesemua peserta didedahkan tentang aspek kewangan kokurikulum, pemarkahan 10% kokurikulum, dan dasar kokurikulum serta peranan dan fungsi Penolong Kanan.

Jelasnya, titik pertemuan yang ingin dicari bagi memastikan adanya kesepakatan di antara mereka dalam menjayakan dasar KPM di sekolah.

Friday, December 26, 2008

Kursus Penolong Kanan Kokurikulum Negeri Sembilan di Johor Bahru

Pada 13 hingga 16 Nov. 2008, Kursus Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah peringkat negeri telah diadakan di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru. Seramai 90 orang PK Kokurikulum hadir. Antara pengisian ceramah kursus ialah: Pengurusan Majlis dan Protokol, Pengurusan Kewangan Kokurikulum, Dasar Pelaksanaan Kokurikulum dan Perancangan Strategik.
Penutupan telah dirasmikan oleh En. Abd. Hamid bin Omar, Ketua Unit Kokurikulum JPNNS.