Sunday, May 31, 2009

Taklimat Pelaksanaan Rakan Muda Sekolah




Pada 22 Mei 2009 bertempat di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban; taklimat pelaksanaan dan pengurusan peruntukan kewangan Rakan Muda Sekolah telah disampaikan oleh En. Tadzim bin Mansor, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum JPNS. Mulai tahun 2009, program Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan telah diperluas ke sekolah-sekolah dengan perkongsian bersama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setiap sekolah yang terlibat diberikan geran peruntukan sebanyak RM 5000.00 setahun. Program Rakan Muda Sekolah menggunakan 2 kaedah iaitu pendekatan program aktiviti di sekolah (sekurang-kurangnya 2 program gaya hidup Rakan Muda) dan 2 program secara berpusat yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan (Selamat di Jalan Raya dan Program Keusahawanan).

Penggunaan peruntukan ialah RM1000.00 untuk pentadbiran, RM 2000.00 untuk sekurang-kurangnya 2 aktiviti Rakan Muda anjuran sekolah manakala RM2000.00 lagi untuk program berpusat iaitu Program Selamat di Jalan Raya dan Program Keusahawanan. Semua peruntukan tersebut harus dihabiskan pada tahun semasa.

No comments:

Post a Comment