Sunday, March 4, 2012

Assalamualaikum / Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua rakan2 PK Kokurikulum...Semuga rakan2 sihat dan gembira dalam menjalani kehidupan yang amat sibuk dalam bulan Mac, April dan May...Semuga kita sama2 dapat menjalankan semua tugas yang diamanahkan dengan baik dan jayanya....

Monday, November 14, 2011

Kursus Profesionalisme dan Refleksi Penolong Kanan Kokurikulum N. Sembilan












Kursus ini telah berjaya diadakan pada 10 hingga 12 Nov 2011 di Woodland Resort Kuala Tahan, Pahang. Terima kasih kepada rakan-rakan tenaga penggerak dan peserta yang seramai 64 org berkesempatan hadir. Walaupun ramai rakan-rakan kita yang tidak dapat menyertai kerana ada tugas di sekolah masing-masing dan pelbagai urusan yang tidak dapat dielakkan, kursus ini tetap menampakkan kesannya khususnya rakan-rakan yang baru dilantik dan yang pertama kali mengikuti kursus 'outdoor' yang mencapar fizikal dan minda. Diharapkan pada masa depan kita akan berjaya mengadakan Kursus Profesionalisme seumpama ini lagi dan dapat disertai oleh semua ahli MPPKKNS.



Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Blok MPPKKNS kini akan kembali aktif di bawah kepimpinan yang baru Sdr Hamdan Aziz. Kami harapkan blog ini akan menjadi medium menyalurkan informasi, perkongsian maklumat dan medan perbincangan sesama guru-guru penolong kanan Kokurikulum di Negeri Sembilan selaras dengan matlamat memartabatkan pencapaian kokurikulum di peringkat yang tertinggi.

Bersama-samalah kita berusaha ke arah itu.

Wednesday, November 4, 2009

Majlis Jamuan Akhir Tahun MPPKKNS 2009










Suasana agak santai, pada petang 4 November 2009 di Coffe House Hotel Royale Bintang, Seremban. Majlis Jamuan Akhir Tahun MPPKKNS berjaya berlangsung dengan kehadiran Tuan Hj. Jamali bin Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan yang merasmikan program. Turut hadir ialah En. Abd. Hamid bin Omar, Ketua Unit Kokurikulum JPNS.

Semua PK Kokurikulum dijemput hadir berserta mereka yang dinaikkan pangkat sebagai PK1 atau PK HEM. Sebagai tanda penghargaan, penyampaian cenderamata disempurnakan oleh Tuan Hj. Jamali Salam kepada AJK MPPKKNS yang naik pangkat. Turut dinaikkan pangkat ialah Pengerusi MPPKKNS iaitu En. Amir Fuad Mohd. Dom yang menjadi PK HEM dan Naib Pengerusi 1 MPPKKNS pula bertugas sebagai Pensyarah Kanan di IAB Genting Highlands. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya meningkatkan diri dalam laluan kerjaya masing-masing.

Pihak majlis memohon maaf sekiranya terdapat kekeliruan kerana penyampaian cenderamata sememangnya ditujukan kepada bekas AJK MPPKKNS sahaja.

Dalam ucapannya, Timbalan Pengarah Pelajaran berharap program yang dirancang oleh MPPKKNS akan diteruskan bagi meningkatkan profesionalisme PK Kokurikulum di negeri ini. Peranan PK Kokurikulum harus ditingkatkan bagi memastikan adanya kejayaan dan terhasilnya pelajar-pelajar yang mencipta kegemilangan terutamanya sekolah-sekolah yang ramai pelajar.

Friday, June 19, 2009

Pengurusan Sistem Fail

Bahan Ceramah Sistem Fail di Sekolah yang bakal disampaikan oleh En. Ridwan bin Idris, Penolong PPD Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPD Tampin boleh dimuat turun di pautan di bawah :

1. NOTA PENGURUSAN FAIL

2. CONTOH PENGURUSAN DOKUMEN FAIL

Wednesday, June 17, 2009

Timbalan YDP MPPKKNS : Menghargai Jasa En. Roslin Balia dan Selamat Bertugas En. Shahrin Alias


En. Roslin Balia, Bekas Timbalan YDP MPPKKNS turut diraikan dalam majlis penutupan kursus. Beliau akan bertugas sebagai PK HEM pula sekembali dari kursus ini. Pada pertemuan itu, ahli-ahli memilih sebulat suara untuk menggantikannya dengan En. Shahrin Alias. Seluruh warga MPPKKNS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Roslin Balia di atas komitmen beliau sepanjang menjadi Timbalan YDP MPPKKNS.

Majlis Pelancaran Laman Web MPPKKNS


Blog MPPKKNS telah sempurna dilancarkan pada 17 Jun 2009 oleh En. Abd. Hamid bin Omar, Ketua Unit kokurikulum JPNS semasa Kursus Keselamatan dan Pelaksanaan Aktiviti Air di Salang Puaka Resort, Tioman.

Diharapkan, blog ini akan menjadi wadah perkongsian ilmu bagi semua warga PK Kokurikulum di seluruh Negeri Sembilan dan seluruh negara kita. Marilah kita berjuang sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam melahirkan generasi kamil.