Wednesday, November 4, 2009

Majlis Jamuan Akhir Tahun MPPKKNS 2009










Suasana agak santai, pada petang 4 November 2009 di Coffe House Hotel Royale Bintang, Seremban. Majlis Jamuan Akhir Tahun MPPKKNS berjaya berlangsung dengan kehadiran Tuan Hj. Jamali bin Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan yang merasmikan program. Turut hadir ialah En. Abd. Hamid bin Omar, Ketua Unit Kokurikulum JPNS.

Semua PK Kokurikulum dijemput hadir berserta mereka yang dinaikkan pangkat sebagai PK1 atau PK HEM. Sebagai tanda penghargaan, penyampaian cenderamata disempurnakan oleh Tuan Hj. Jamali Salam kepada AJK MPPKKNS yang naik pangkat. Turut dinaikkan pangkat ialah Pengerusi MPPKKNS iaitu En. Amir Fuad Mohd. Dom yang menjadi PK HEM dan Naib Pengerusi 1 MPPKKNS pula bertugas sebagai Pensyarah Kanan di IAB Genting Highlands. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya meningkatkan diri dalam laluan kerjaya masing-masing.

Pihak majlis memohon maaf sekiranya terdapat kekeliruan kerana penyampaian cenderamata sememangnya ditujukan kepada bekas AJK MPPKKNS sahaja.

Dalam ucapannya, Timbalan Pengarah Pelajaran berharap program yang dirancang oleh MPPKKNS akan diteruskan bagi meningkatkan profesionalisme PK Kokurikulum di negeri ini. Peranan PK Kokurikulum harus ditingkatkan bagi memastikan adanya kejayaan dan terhasilnya pelajar-pelajar yang mencipta kegemilangan terutamanya sekolah-sekolah yang ramai pelajar.

No comments:

Post a Comment