Sunday, May 31, 2009

Taklimat Pelaksanaan Rakan Muda Sekolah




Pada 22 Mei 2009 bertempat di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban; taklimat pelaksanaan dan pengurusan peruntukan kewangan Rakan Muda Sekolah telah disampaikan oleh En. Tadzim bin Mansor, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum JPNS. Mulai tahun 2009, program Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan telah diperluas ke sekolah-sekolah dengan perkongsian bersama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setiap sekolah yang terlibat diberikan geran peruntukan sebanyak RM 5000.00 setahun. Program Rakan Muda Sekolah menggunakan 2 kaedah iaitu pendekatan program aktiviti di sekolah (sekurang-kurangnya 2 program gaya hidup Rakan Muda) dan 2 program secara berpusat yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan (Selamat di Jalan Raya dan Program Keusahawanan).

Penggunaan peruntukan ialah RM1000.00 untuk pentadbiran, RM 2000.00 untuk sekurang-kurangnya 2 aktiviti Rakan Muda anjuran sekolah manakala RM2000.00 lagi untuk program berpusat iaitu Program Selamat di Jalan Raya dan Program Keusahawanan. Semua peruntukan tersebut harus dihabiskan pada tahun semasa.

Thursday, May 7, 2009

Mesyuarat Pengurusan Sukan 2009 bagi PK Kokurikulum

Suasana petang di SMK Tunku Ampuan Durah diwarnai dengan kehadiran semua PK Kokurikulum sekolah menengah NS. Mereka mendengar taklimat daripada En. Muzir bin Abd. Manan, Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Isu-isu berkaitan pengurusan sukan dibangkitkan oleh Penolong Kanan yang hadir. Ulasan dan komentar daripada PK Kokurikulum memang menarik dan memerlukan penelitian bersama.

Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang akhirnya selesai pada jam 5.00 petang membawa satu harapan agar isu-isu seperti pengelolaan pertandingan daerah, pergerakan guru yang kerap, isu kewangan dan peralatan serta masalah guru sukan dapat ditangani. Jelasnya, perjumpaan ini diharap dapat meningkatkan kecekapan pengurusan sukan dalam kalangan Penolong Kanan Kokurikulum.

Tuesday, May 5, 2009

Gambar Sekitar Persidangan Pemuafakatan PK Tadbir, PK HEM dan PK Kokurikulum

Gambar-gambar utama Persidangan Pemuafakatan PK Tadbir, PK HEM dan PK Kokurikulum Negeri Sembilan di Hotel Lisbon pada 16 hingga 18 April diabadikan pada tayangan slaid di bawah:


Mesyuarat Pengurusan Kewangan Kokurikulum 2009













Pada 28 April 2009, semua PK Kokurikulum Sekolah Menengah Negeri Sembilan berhimpun di Sekolah Menengah Datuk Abdul Samad, Port Dickson untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Program berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Taklimat dan perbincangan dikendalikan oleh Encik Nordin bin Md. Radzi, Penyelia Kanan, Unit Kokurikulum, di Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum KPM. Sesi bengkel didakan pada waktu petang manakala perasmian penutup dirasmikan oleh En. Abd. Hamid bin Hj. Omar, Ketua Unit Kokurikulum, JPNS.

Persidangan Majlis Pemuafakatan PK Tadbir, PK HEM dan Pk Kokurikulum Sekolah Menengah

Pada 16 hingga 18 April 2009, berlangsung persidangan tersebut di Hotel Lisbon, Melaka. Persidangan ini merupakan inisiatif MPPKKNS bersama JPNS untuk mempertemukan ahli jawatankuasa bagi ketiga-tiga Majlis Pemuafakatan. Tujuan utama persidangan ialah membincangkan isu-isu pengurusan dan mencari penyelesaian masalah kepada masalah antara ketiga-tiga bidang tersebut di sekolah. Jumlah peserta ialah 65 orang.

Antara penceramah terlibat ialah En. Abd. Rashid Mean, Penolong Pengarah di Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum di Kementerian Pelajaran Malaysia dan En. Md. Fiah bin Md. Jamin, Pengetua Cemerlang SMK Kompleks KLIA. Kesemua peserta didedahkan tentang aspek kewangan kokurikulum, pemarkahan 10% kokurikulum, dan dasar kokurikulum serta peranan dan fungsi Penolong Kanan.

Jelasnya, titik pertemuan yang ingin dicari bagi memastikan adanya kesepakatan di antara mereka dalam menjayakan dasar KPM di sekolah.